pernah tak korg tak tidur satu malam? and segar sampai pagi dan sampai malam bru korg collapse balik?
but korg ada nafsu walaupun tak ngantok, korg nak tidur juga.
ye, aku pun selalu macam tu..
walaupun aku x ngantuk, aku paksa juga utk tidur.
entahla dah mmg pelikla tak tidur, dan r dan rasa mcm x ckp tdur.
tapi bila aku paksa tidur, dan aku memang tidur dan kadangkala bila aku bangun balik, aku rasa mengantuk dan letih, dan ada kalanya segar je.
aku xdela pula fakta2 sains yg boleh aku kongsi, tapi ini sekdar pengalaman yang boleh kongsi.
bagi aku, lebih baik jgn tdur waktu pagi. sbb Rasulullah pernah berpesan tentang ini. dan jika segar dan x mengantuk baik korg buat aktiviti yg korg suka. cuba fikir, kalau tidur korg just tidur and x dpt apa2 benefit pun cuma kalau bernasib baik dpt la mimpi best.
macam td, aku tertidur seketika lepas subuh. aku mimpi aku tak bayar duit tol. keh keh pecut kereta cam apa je. anyway yg pelik tol tu tak hlang aku pun. sekadar mimpi.
aku selalu terfikir, kalau aku x tidur td mesti aku dapat habiskan 1 juz alquran, paling tak pun baca ayat dan maknanya.
kalau aku tak tidur td mesti aku dah siap kek sedap2.
dan macam2 aku fikir. tapi tu semua x guna kerana masa x boleh diundur lgi.
dan aku ni selalu ada habit, kalau ada masa lapang je, bkn nak bace quran, dgr tazkirah ke, berzikir ke.. aku selalu layan korean drama. entahlah aku suka.. sbb aku gelak, senyum dan sebagaimana. which is tak kemana. tak dapat pahala pun. padahal jika kita melakukannya kerap kali dan menjadikan kita lalai dan sebgainya, ia boleh menjadikan haram utk kita tgok. bkn sbb kdrama berunsurkan pornografi dan sebagainya, tetapi ia membuatkan kita lalai daripada Allah.
hmm takutnya, kdg2 time layan drama2 tu aku selalu terfikir
"nanti kat akhirat nanti, Allah akan tanya pada masa, apa aku buat dengannya, dan masa menjawab si dia menonton cerita korea berjam-jam wahai tuhanku"
ya Allah, sentapnya. tapi aku masih meneruskannya. Allahurabbi, hatiku x tenang, berombak dan sesak-sesaknya. kadang2 aku menangis depan laptoptu juga. menangis mohon ampun pada Allah.
sekarang, aku selalu limitkan berapa episode yg aku boleh setiap hari dgn harapan suatu hari aku benar boleh x tgok langsung dan lalai. hmm entahla aku harap aku boleh tinggalkan dan zuhud.
lemah betul iman.
No comments:
Post a Comment