rahsia
begitu rahsia
yang terbuka tanpa dipinta
yang terlihat tanpa mahu
yang terdedah tanpa malu
ingin ditutup tapi terdedah
ingin bertanya tapi tak mahu
ingin dilupa tapi diingat
bayang ku bayang
kosong ku kosong
fikir ku fikir
lupa ku ingin lupa
rahsia
yang tak perlu aku tahu
namun ku tahu tanpa keinginanku
ku terlihat tanpa kemahuanku
segala coretan sayang dan sebagainya
ya, aku terluka
kecurangan yang bukan dariku
ya, aku tahu
tapi perlukah aku membukanya
ya, aku tahu dan lain juga tahu
namun kami masih simpan rahsia
selagi ia belum terbongkar dengan sendirinya
belum
bergenang air mataku
retak hatiku
cuma ku tahu dan malas mahu tahu
setiap dia berkata, setiap kali itu hati ku berkata
'siapa dia, dan kenapa? tidak berdosakah bersayang dgn org lain sdgkn dirimu kepunyaan orang'
hari raya, hari bahagia
dan aku tahu semuanya
apa yang berlaku dalam keluarga
yang tak perlu ku tahu, dan anggap semuanya bahagia
setiap insan hidup berlainan, kisah yang berlainan
bersyukurlah dengan nikmat Tuhan, masih mempunyai segala-galanya,.
<iframe width="100%" height="450" scrolling="no" frameborder="no" src="https://w.soundcloud.com/player/?url=https%3A//api.soundcloud.com/tracks/208605883&auto_play=true&hide_related=false&show_comments=true&show_user=true&show_reposts=false&visual=true"></iframe>
No comments:
Post a Comment